WHAT'S NEW?
Loading...

Tips Mudah Mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah

Bismillah Alhamdulillah
Allohummasholli'alamuhammadwa'alaalisayyidina muhammad.

Assalamu'alaikum Warohmatullohi Wabarokatuh.
Sahabat yang dimuliakan ALLOH SWT,pada kesempatan ke 13 ini,saya akan belajar tentang cara mempunyai anak soleh dan solehah.



Sahabat,orang tua mana yang tidak mengininkan anak yang soleh dan solehah,berbakti pada orang tua dan mampu berguna bagi orang banyak serta berguna bagi nusa dan bangsa.
 Tentunya setiap orang tua muslim di dunia menginkan anak yang soleh dan solehah,namun mungkin tidak semua orang tua tahu bagaiman caranya mempunyai anak yang soleh dan sholehah,pada dasarnya anak adalah cerminan dari orang tuanya,sebagai patokan utama orang tua haruslah baik untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah tidak hanya itu anak haruslah mendapatkan  pendidikan yang baik dan benar pula,terutama pendidikan agama sejak dini.
 Selain itu anak yang soleh dan solehah juga merupakan ketetapan ALLOH SWT ,tetapi sebagai manusia kita harus berusaha dalam mencapai sesuatu yang baik dan bermanfaat  seperti memperoleh anak yang soleh solehah.

Firman ALLOH SWT dal;am alqur'an (Surah Al Furqan, 74)

Bismillah…


“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”

Berikut tips medapatkan anak yang soleh solehah

1. Untuk mendapat anak yang soleh\solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri mereka dahulu sebelum berkahwin lagi.. Oleh itu sesiapa yang telah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah kewajiban-kewajiban yang telah difardhukan ke atas seorang muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah bermula ketika zaman bujang lagi).

2. Pilih pasangan yang faham agama dan berakhlak mulia

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat,kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,nescaya kamu berbahagia.”

(Hadith ini telah direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain)

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.Ulama berpendapat hadith ini juga terpakai buat wanita dalam memilih pasangan hidup.

Untuk mendapatkan pasangan yang beragama\soleh maka anda perlu solehkan diri anda terlebih dahulu..Bila anda soleh insha Allah anda akan mendapat jodoh yang solehah..Demikian sebaliknya,bila anda seorang yang solehah,maka Allah akan jodohkan anda dengan seorang lelaki yang soleh.. dan jangan lupa selalu minta pada Allah agar menjodohkan anda dengan pasangan yang beragama\soleh\berakhlak.

3. Sebelum berkahwin,jaga batasan syarak antara anda dengan bakal suami\isteri anda.Elakkan dari berjumpa..kerana bila berjumpa anda akan betentang mata,bila bertentang mata anda akan mula berpegang tangan dan seterusnya anda terdedah untuk melakukan muqaddimah zina dan selepas itu mungkin akan “terlajak”..

Kesannya,keberkatan perkahwinan anda semakin berkurang atau langsung tidak mendapat berkat..dan “perbuatan” anda dengan pasangan anda sebelum berkahwin itu juga akan mempengaruhi zuriat anda nanti.Oleh itu jangan hairan jika anak-anak anda juga “bermasalah”

4. Ketika nak melakukan persetubuhan baca doa yang Nabi ajarkan supaya Syaitan tidak masuk campur ketika hubungan jenis sedang berlangsung dan jika Allah rezekikan anak hasil dari persetubuhan tersebut,Syaitan tidak akan dapat mengganggu anak anda..Bila syaitan tak boleh ganggu,takde la anak berperangai macam syaitan..Sebenarnya ramai anak-anak yang “bermasalah” disebabkan ibu bapa tidak membaca doa ketika bersetubuh..

Doa tersebut ialah:
اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya :

“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah Syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami”

5. Ketika isteri mengandung lakukan seperti berikut :

-Suami hendaklah membaca al-Quran dengan meletakkan mashaf di perut isteri..Lakukan setiap hari sehinggalah isteri bersalin..Kemudian suami berdoa dan isteri aminkan..Surah apa nk baca?berapa ayat?Terpulang nak baca surah apa dan berapa ayat sekali baca..setengah orang baca surah Maryam,yusuf dan lokman..Pada saya tidak kisahlah surah apa dan berapa ayat..yang penting lakukannya secara istiqamah sebagai rutin harian..Kalau suami mampu sehari setengah muka surat pun dah ok..Lebih bagus khatamkan..Dapat khatamkan sebelum isteri bersalin itu lebih baik..

– Isteri perlu selalu baca al Quran..Jika menghafaz itu lebih baik..Sehari hafaz dua ayat pun ok dah janji istiqamah..mulakanlah dengan juz amma..

– Isteri perlu melazimi mendengar tilawah al Quran dan ceramah-ceramah agama..elakan dari menonton derama-derama\filem yang lagho dan berkata sesuatu yang boleh membawa dosa..

– Suami isteri mesti selalu bercakap perkara-perkara yang baik dengan anak dalam kandungan..contoh bagi salam kepadanya..Bila nak solat,isteri\suami pegang perut isteri katakan kepada anak jom solat dengan mama dan papa..”jadi hamba Allah yang bertakwa ye” “jangan tinggal solat tau” “jangan sesekali mensyirikkan Allah” “jadi anak yang baik tau” bila nampak ada orang merokok,pesan kepada anak dalam kandungan bila dah dewasa nanti jangan sesekali merokok..


6. Bila anak telah dilahirkan :

– Suami hendaklan azankan ditelinga anaknya..

Diriwayatkan bekas hamba Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.),ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan,seperti azan solat di telinga al-Hasan bin Ali,ketika Fatimah radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud,at-Tirmizi,al-Baihaqi dalam al-Kubro dan ath-Thabrani dalam al-Kabir dan Abdur-Razzaq dll dikalangan hufaZ..

– Beri anak nama-nama yang baik..


Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:“Namailah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi.Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman,dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam,sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i.Sanad Hadis ini majhul,namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang lain.Lihat: Jami’ al-Ushul 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)

Dari Abu Basrah,Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.Lihat: Sahih Jami’no.3269)

Ibu bapa jangan hanya fikir nak beri nama-nama yang sedap tapi maknanya tidak tahu atau tidak memberi makna yang baik..dan jika nak panggil anak dengan nama-nama timbangan(nama manja)pastikan nama itu juga tidak membawa maksud yang tidak elok..contoh:

1) Mamat:biasanya Mamat cuma nama panggilan atau nama manja,nama penuhnya adalah Muhammad..Tahukah anda bahawa Mamat bermaksud mati..Kasihan kat budak tu..elok-elok namanya Muhammad nama Rasulullah dan ia bermaksud yang terpuji dipendekkan Mamat(mati)

2) Atan:biasanya Atan cuma nama panggilan atau nama manja..Tahukah anda Atan bermaksud keldai betina.

3) Tiz Zakiyah..Tiz=buah zakar(klu arab mesir tiz bermaksud ponggong)..zakiyah=bijak..Maka Tiz Zakiyah bermaksud buah zakar yang bijak.

Syeikh Dr.Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan:“Kunyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706,oleh Sheikh Dr.Bakr)

Ibu bapa juga hendaklah menjauhi dari memberikan nama kepada anak dengan nama-nama yang khusus bagi Allah seperti al-Ahad (yang Esa),al-Kholiq (yang Maha Pencipta),dan seumpamanya..

– Hendaklah ditahnikkan bayi itu.

Dari Abu Musa r.a katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

– Melakukan akikah

Kata Imam Ahmad bin Hanbal :“Sesungguhnya akikah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.”

Pernah orang mengadu kepada al Fadhil Dr Haron Din masalah anaknya yang asyik menangis ..Ustaz Haron Din bertanya kepada orang tu sudahkah dibuat akikah untuk anaknya..Orang tu menjawab belum dan ustaz haron Din minta dia buat akikah untuk anaknaya..

subhanallah,menakjubkan bila sudah melakukan akikah anaknya pun ok..dah tak nangis-nangis lagi..

– Mencukur rambut bayi.

Selain akikah,disunatkan juga mencukur keseluruhan rambut si anak.

Rambut yang tumbuh dikepala bayi dari dalam kandungan ibu boleh menyebabkan bayi itu nanti menjadi bebal..sebab itulah rambut itu mesti dicukur..itu antara hikmah disunnahkan mencukur rambut bayi yang baru lahir..wallahu’alam saya belum menemui lagi fakta ini di dalam nas-nas sohih,cuma saya pernah dengar dari seorang ustaz..

“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh,lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmizi.Disahihkan oleh al-Albani.)

Selain melaksanakan ‘aqiqah, disunnahkan untuk mencukur keseluruhan rambut si anak sebagaimana hadis di atas.

Rambut yang telah dicukur,disunnahkan juga untuk menimbangnya dan kemudian mengeluarkan sedekah berdasarkan kiraan berat rambut yang ditimbang dengan beberapa keping perak.Iaitu menukarkan berat rambut dengan berat perak.

Imam Malik meriwayatkan,bahawa Fatimah binti Rasulullah (s.a.w.) menimbang rambut Hasan,Husein,Zainab,dan Ummi Kaltsum dan mengeluarkan sedekah mengikut kiraan berat rambut yang ditimbang dengan (nilai) perak.” (al-Muwattha’,Kitab Aqiqah (26),no.2)

7. Bila menyusukan anak mulakan dengan bismillah dan pastikan anda menghadap ke arah kiblat dan anda dalam keadaan suci dari hadas(berwuduk)melainkan ketika uzur..

8. Jika anak anda ada buat salah jangan sesekali anda menghemburkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan itu satu kesilapan yang besar.Contoh “Bodoh sangat kenapa” “Jahat la Along ni,nape buat adik”..Bimbang kata-kata itu benar-benar jadi kenyataan..maka anak itu betul-betul jadi bodoh..betul-betul jahat..

9. Doakan kebaikkan buat anak-anak anda setiap hari..Kalu setiap kali lepas solat itu lebih baik..Doa dari ibu dan bapa pasti Allah makbulkan cuma cepat atau lambat sahaja.percayalah Allah tidak akan mensia-siakan doa anda..DIA pasti mustajabkan doa anda..percayalah..Doa ibu bapa itu sangat sangat power..Oleh itu jika anak-anak anda bermasaalah, terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit,terlibat dengan kumpulan-kumpulan atau geng-geng yang tidak bermoral,kaki gaduh,melawan cakap anda,tidak mahu solat dll maka teruskanlah berdoa..dan doa dan doa agar mereka diberi hidayah oleh Allah..Agar mereka menjadi anak yang soleh..Jangan pernah berputus asa dalam mengharapkan apa yang anda harapkan dari Allah,disamping beri nasihat kepada mereka dan jaga lidah anda dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka.Secara peribadi,ramai yang telah saya lihat anak-anak yang dahulunya seperti yang disebutkan tadi mereka berubah berkat kesabaran dan doa ibu bapa yang tidak putus-putus..

10. Beri makan dan minum kepada anak-anak dari sumber rezeki yang halal dan baik..



Antara faktor anak-anak bermasaalah dan melawan pembicaraan ibu bapa adalah kerana darah daging mereka telah sebati dengan makan dan minum dari hasil yang haram atau syubhah yang disuapkan ibu bapa mereka..

Juga perlu kita ingat anak adalah titipan ALLOH SWT kepada kita para orang tua untu dirawat dan didik dengan sebaik baiknya,seperti apapun anak itu kita wajib menjaga dan menyayanginya dengan sepenuh hati,karena ALLOH maha tahu yang terbaik bagi kita.

Mungkin itu yang dapat kita pelajari hari ini,kalau ada kata atau tulisan yang salah maupun tidak benar saya SOHIBY mengucapkan banyak minta maaf,jika ada sesuatu yang tidak berkenan dihati silakan komen agar saya tahu keslahan saya.


Terimakasih,semoga bermanfaat.

Jangan lupa untuk selalu dapat belajar bersama saya LIKE FOLLOW DAN SHARE!!!

WASSALAMU'ALAIKUM WR WB

0 comments:

Post a Comment