WHAT'S NEW?
Loading...

Panduan Solat Witir Ringkas Dan Lengkap





Bismillah Alhamdulillah

Allohummasholli'alamuhammadwa'alaalisayyidina muhammad.

Assalamu'alaikum Warohmatullohi Wabarokatuh.

Sahabat yang dimuliakan ALLOH SWT,pada kesempatan 31 ini saya akan belajar mengenai
Panduan solat witir,yang bisa solat sunnah penutup atau akhir dari solat sunah.
Berikut panduan solat witir.

SOLAT WITIR


Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq iaitu sebelum masuk waktu subuh, lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir.



Cara Solat Sunat Witir
 Witir bermaksud ganjil, iaitu tidak genap rakaatnya. Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah.
Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad, iaitu sangat-sangat dituntut melakukannya. Rasulullah SAW bersabda;

“Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat Witir, sebab Allah itu Witir(Maha Esa) dan suka sekali kepada Witir.” (Riwayat Ahmad)

Ia boleh didirikan sama ada 1, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia boleh dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri 1 rakaat atau diakhiri 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).


Waktu Solat Sunat Witir 
yaitu setelah solat Isyak sehingga menjelang Subuh. Ia merupakan pelengkap atau penutup solat sunat Tahajjud @ solat malam dan juga solat Tarawih. Rasulullah SAW bersabda;

“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Riwayat Bukhari RA dan Muslim RA)


Fadhilat Solat Sunat Witir

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.

2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.

3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir


Secara kebiasaannya cara solat sunat witir ialah dilakukan 2 rakaat 1 salam diikuti 1 rakaat 1 salam.

Lafaz niat 2 rakaat;


Maksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan:
Pada rakaat pertama hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la.


Pada rakaat kedua hendaklah dibaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.


Lafaz niat 1 rakaat;


Maksudnya :”Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”


Bacaan:
Setelah membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas;




Selesai sahaja tahiyyat dan salam, bacalah bacaan berikut;




Doa Solat Sunat Witir;




Peringatan:

Sesiapa yang telah mengerjakan solat witir penamat, kemudian mahu bersolat lagi selepas itu, maka dia boleh bersolat tetapi tidak mengulangi lagi solat witir. Ini kerana Rasullullah SAW telah bersabda bermaksud;

“Tidak ada dua witir pada satu malam.” (Riwayat Ahmad)
bagaimanapun mengikut pendapat ulama dalam Kitab Bahrul Mazi mengatakan, sesiapa yang telah mengerjakan solat witir pada awal malam dan bangun pada di tengah malam serta mahu mengerjakan solat lagi, maka dia hendaklah mengerjakan witir satu rakaat lagi dengan niat menggenapkan witir pada awal malam tadi.

Itulah shabat,ada beberapa manfa'at dan fadhilah mengerjakan solat witir ternyata.
Mungkin itu yang dapat kita pelajari hari ini,kalau ada kata atau tulisan yang salah maupun tidak benar saya SOHIBY mengucapkan banyak minta maaf,jika ada sesuatu yang tidak berkenan dihati silakan komen agar saya tahu kesalahan saya.

Terimakasih,semoga bermanfaat.
Jangan lupa untuk selalu dapat belajar bersama saya LIKE FOLLOW DAN SHARE!!!
WASSALAMU'ALAIKUM WR WB.

0 comments:

Post a Comment